Penubuhan dan Perkembangan

SEJARAH – PENUBUHAN

Dibuka pada 2hb. Januari 1987. Pada asalnya menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam. Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar. Pengetuanya ialah Tn. Hj. Azmi B. Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru dan seorang kerani. Pada 21hb. April 1987, semua pelajar dan guru-guru telah berpindah ke sekolah baru sekarang.

Sekolah ini dilengkapi dengan 2 bangunan yang mengandungi dua buah bangunan yang mengandungi 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, bilik koperasi dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan. Pada tahun 1990, sebuah blok 2 tingkat yang mengandungi 11 buah kelas yang boleh menampung seramai 420 orang pelajar telah dibina.

Pada 22hb. Ogos 1994, SMK (F) Lui Barat telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dalam rangka lawatannya ke Negeri Sembilan. Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment, rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan. Kini, SMK (F) Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002.

Kini SMK (F) Lui Barat memberikan pendidikan menengah bagi pelajar-pelajar kawasan Lui iaitu dari Kg. Sg. Lui, Felda Lui Timur, Felda Lui Muda, Felda Lui Selatan, Felda Lui Barat, Felcra Air Hitam dan Kg. Air Hitam

SEJARAH – PENTADBIR SEKOLAH

1. Tn Hj. Azmi bin Hj Zainal 1 Jan 1987 – Nov 1990

2. En. Amir Sharifuddin bin Ahmad 1 Dis 1990 – Feb 1992

3. Tn. Hj. Misan bin Mastor Feb 1992 – Ogos 1994

4. Pn. Siti Aisyah bt. Salleh Ogos 1994 – Sept 1994

5. En. Zakaria b. Mohd Zin Sept 1994 – Nov 1995

6. Tn Hj. Che Wan bin Ahmad Dis 1995 – Mei 1999

7. Pn. Hjh Zaidah bt Mohamed Mei 1999 – 31 Nov 2000

8. Pn Junaidah bt Ibrahim 1 Dis 2000 – 28 Feb 2003

9. Tn. Amir Sharifuddin B. Ahmad 2 Mei 2003 – April 2007

10. Pn Hjh Maimon Abdullah 16 April 2007 – Dis 2012

11. Pn Saripah Binti MohdNor 22 Dis 2012 – Dis 2014

12. Pn Faridah Binti Sulan Dis 2014 – Oct 2017

13. Tn. Mahat Bin Bujang Oct 2017 – 18 Mac 2021

14. Tn Nor Kamar Bin Nordin 18 Mac 2021 – Sekarang