Tinta Pengetua

“The improvement journey can never be over. Achieving and sustaining a school system’s progress is very hard work and we must keep on in order to continue to move forward”

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK (F) Lui Barat.

     Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kemenjadian anak-anak murid dari aspek kurikulum, sahsiah dan kokurikulum . Justeru itulah SMK (Felda) Lui Barat menghasilkan Portal sekolah : ONE STOP -LB LUAR BIASA

    Portal ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.

     Keseluruhan Portal ini mencakupi Maklumat Umum , Pengenalan sekolah, Agihan Tugas, Pengurusan Panitia, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan Sumber, Pengurusan Hem, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan dan Kajian Tindakan.Jelas fokus utama perancangan Sekolah adalah kurikulum tanpa  mengabaikan aspek lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  Portal ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah “Bersama Menjana Kecemerlangan Luar Biasa ” Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada unit ICT sekolah yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Portal ini.

To Lead To Set Example To Excel : LB-Luar Biasa

Sekian.Terima Kasih.

Puan  Latipah Binti Mansor

Pengetua SMK (Felda) Lui Barat